Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah Tomato"


Tips

1) pastikan tumis hingga pecah minyak untuk dapat sambal tumis yang sempurna

2) gunakan kacang peas dari tin yang kecil. khuatir jika tin besar kita guna separuh sahaja dan separuh lagi terbiar di dalam peti. elak pembaziran

Ingredients

Ayam 1/2 ekor dipotong sederhana
Kacang Peas 1 tin kecil
Bawang Besar 1/2 biji (hiris)
Minyak Masak 1 senduk
Sos Tiram 2 sudu besar
Serai 1 batang
Sos Cili 2 sudu besar
Bahan Kisar
Cili Kering 10-15 biji ( rebus dahulu)
Halia 1 inci
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Besar 1/2 biji

Instructions

1

Goreng ayam yang digaul kunyit serta secubit garam. Masak 3/4 dan ketepikan.

2

Potong bahan untuk dikisar dan kisar menggunakan blender hingga halus

3

Dalam kuali yang lain panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris hingga kekuningan

4

Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak

5

Setelah pecah minyak masukkan ayam, sos tiram, sos cili, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.