Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Lovey Dovey"


Tips

Untuk menghalang udang dr "membongkok" ketika memasak, apabila dirasakan udang sudah masak angkat dr kuali & ketepikan.
*udang tidak perlu dimasak begitu lama kerana ia akan keras sekiranya over cooked.

Ingredients

Nasi Putih 3 cawan
Cili Kering Direbus 2 tangkai
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Kicap 1 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar
Sawi 1 pokok
Lobak Merah 1/4 batang
Telur 1 biji
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan udang, ketepikan.

2

Kisar halus cili kering, bwg merah & bwg putih.

3

Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Masak hingga naik bau.

4

Masukkan semua jenis sos, gula & garam.

5

Masukkan udang & kacau sebati. Apabila sedikit kering, masukkan nasi & sayur2an. Kacau sebati.

6

Buat lubang di tengah kuali & pecah telur. Biar hingga separuh masak br dikacau lagi hingga sebati.

7

Sekiranya nasi lembik, teruskan mengacau dgn api besar hingga nasi lerai.