Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Ayam Mak Mira"


Tips

Tambah sedikit air asam jawa untuk rasa yang lebih sedap

Ingredients

Ayam Dibasuh Bersih Setengah ekor potong kecil
Bawang Merah 4 ulas ditumbok halus
Bawang Putih 4 ulas ditumbok halus
Halia 1 inci ditumbok halus
Santan 1 kotak kecil
Kari Daging Babas 1 paket kecil
Minyak Masak Secukupnya
Cili Giling (Di Blend) 3 sudu besar
Kentang 4 biji saiz sederhana dipotong empat
Air Secukupnya
Air Asam Jawa 2 sudu besar
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Bancuhkan 3 sudu cili giling dan 1 paket serbuk kari daging babbas di mangkuk kecil. Campur sedikit air untuk mudah. Letak lebih cili jika mahu pedas

2

Panaskan minyak hingga sederhana panas. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk di dalam kuali sehingga pecah minyak

3

Masukkan campuran cili giling, air dan serbuk kari babas tadi ke dalam kuali yang telah pecah minyak

4

Seterusnya, masukkan kesemua ayam yang telah dipotong kecil dan kentang ke dalam kuali.

5

Setelah 4-5 minit, masukkan 1 kotak santan dan gaul rata. Gaul dengan perlahan supaya ayam dan kentang tidak hancur

6

Kemudian, masukkan air sebanyak yang dikehendaki untuk mengawal kepekatan kuah kari. Kalau nak pekat, kurang air. Kalau nak kurang pekat, tambah lebih

7

Setelah itu, masukkan 2 sudu air asam jawa dan gaul rata. Sentiasa kacau

8

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk. Biarkan di atas api yang sederhana