Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Kicap Simple"


Tips

*Tambah lebih banyak kicap dan air jika mahu buat banyak kuah

*Boleh letak satu sudu tepung jagung jika mahu kuah kicap menjadi sedikit pekat

Ingredients

Bahan A: Untuk Perap Ayam
Ayam 1/2 ekor dipotong 8
Cili Giling 2 sudu besar
Serbuk Kari 1 sudu besar
Garam 3 sudu besar
Kunyit 1 sudu kecil
Bahan B: Untuk Menumis Kuah Kicap
Minyak Masak Secukupnya
Bawang Merah 4 biji ditumbok halus
Bawang Putih 2 ulas ditumbok halus
Halia 2 inci halia dihiris nipis
Kicap 1 cawan kecil
Sos Tiram 1 sudu besar
Air Secukupnya
Bawang Goreng 1 genggam untuk hiasan

Instructions

1

Basuh bersih ayam. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan A. Biarkan selama 5 minit

2

Setelah itu, gorengkan ayam yang telah diperap di dalam minyak penuh di atas api sederhana (jangan guna api besar nanti tak masak kat dalam). Asingkan

3

Di dalam kuali yang lain, panaskan kuali di atas api dan masukkan minyak

4

Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau

5

Kemudian, masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air. Gaul rata (kuantiti air bergantung kepada masing masing)

6

Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaul rata bersama kuah kicap

7

Tutup api dan hidangkan. Tabur bawang goreng sebagai hiasan dan penambah selera