Back to Recipe Print

Recipe for "Sushi Roll"


Tips

-Penggunaan cuka adalah optional, nak letak boleh taknak letak pun tak apa, tapi kalau tak letak, jadi sushi Malay taste ;)
-Nasi jangan dimasak terlalu keras atau lembik.
-Jangan letakkan inti terlalu padat kerana ini akan menyebabkan roll pecah.
Selamat mencuba :D
Gambatte o kudasai ~

Ingredients

Nasi Yang Dimasak Sedikit Lembut 4 senduk
Air Garam 1 sdk / secukup rasa
Cuka Makan (Optional) 1 sdk
Kepingan Rumpai Laut (Original/spicy/etc) 4 - 5 keping
Bahan Inti
Telur Dadar Digoreng Nipis 1 keping (2 biji telur)
Sosej 3 batang
Jejari Ketam 6 batang
Timun Jepun (Zucchini) 1 batang (secukupnya)

Instructions

1

Siapkan bahan inti terlebih dahulu. Belah sosej dan jejari ketam kepada 2 bahagian supaya ia tidak terlalu tebal. Potong timun dan telur dadar secara memanjang dan tidak terlalu nipis/tebal (supaya mudah menggulung). *Kuantiti adalah mengikut keperluan (contoh: potong telur kepada 6 bahagian).

2

Dalam 1 mangkuk, campurkan nasi, air garam, dan cuka. Gaul sebati sehingga nasi boleh dikepal (kalau tidak berkepal, campurkan sedikit air suam).

3

Letakkan rumpai di atas tikar penggulung (kalau tiada boleh guna plastik rumpai tersebut). Letakkan nasi dan tekan2 supaya menjadi rata di atas rumpai tersebut (jangan terlalu nipis/tebal). Kemudian, susunkan bahan inti di bahagian atas nasi, dan gulung dengan kemas.

4

Setelah digulung, bolehlah dipotong mengikut kesesuaian (saiz yang digemari), dan boleh terus dinikmati.