Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Canai Dan Kuah Dhal"


Tips

Rancang masa memasak anda, roti canai seeloknya di biar rehat sekurang-kurangnya 4 jam

Bagi kuah dhal pula , kacang perlu direndam semalam bagi mempercepatkan proses memasak

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Telur 1 biji
Margerin Atau Butter 2-3 sudu dalam adunan , 3sudu untuk salut doh
Air Suam Secukupnya
Kuah Dhal
Kacang Dhal 200 gram
Bawang Merah ( Dimayang ) 1 biji
Bawang Putih (Dimayang) 3 ulas
Jintan Sesudu kecil
Biji Sawi 2 sudu kecik
Daun Kari Dua tangkai
Cili Kering 5 biji
Lobak Merah Sebatang
Kentang 2 biji sederhana
Kacang Panjang ( Jika Mahu ) 5-6 batang

Instructions

1

Campur dan gaulkan semua adunan bersama sampai sebati, uli dan tambah air sedikit demi sedikit.

2

Apabila sudah lembut , rehatkan selama 10 minit kemudian uli sekali lagi.

3

Bentukkan doh kecil- kecil mengikut kehendak anda , salutkan dengan margerin. Simpan dalam bekas bertutup untuk beberapa jam.

4

Apabila sedia, canaikan ( atau tebar ) serta bentukkan mengikut pilihan anda

5

Rebus kacang dhal sehingga kembang dan empuk

6

Masukkan lobak merah dan sayur-sayur lain kedalam periuk dan masak sehingga empuk

7

Tumis bawang , masukkan daun kari , cili kering , biji sawi dan jintan. Masukkan ke dalam periuk bersama kacang dhal

8

Perasakan dengan gula dan garam.

9

Sedia dimakan bersama roti canai yang digoreng garing dan sambal tumis