Back to Recipe Print

Recipe for "Buah Melaka Manis"


Tips

*sukatan takde terperinci. Agak agak je
*pewarna hijau diletak ikut kepekatan warna yang anda mahu

Ingredients

Tepung Pulat 1/2 kilogram
Gula Melaka 1 mangkuk dipotong halus
Kelapa Parut Putih Digaul Garam 1 cawan
Air Pandan Atau Pewarna Hijau 2 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Air Secukupnya untuk uli tepung

Instructions

1

Gaul tepung dengan sedikit garam

2

Kemudian, masukkan air kedalam tepung. Gaul rata dan masukkan pewarna hijau/ air pandan. Uli hingga sebati (jangan terlalu banyak air)

3

Uli sehingga boleh membuat bentuk bulat. Terlalu banyak air menjadikannya lembik dan sukar dibuat bentuk bulat

4

Leperkan setiap bulat di atas tapak tangan dan isikan gula melaka yang dipotong kecil dan halus. Tutup rata dan jadikan bulat semula

5

Setelah itu, rebus di dalam air penuh sehingga timbul. Angkat dan terus digaulkan bersama kelapa tadi.

6

Tunggu hingga sejuk dan makan.