Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Sumbat"


Tips

Sotong akan mengecut apabila dimasak.
Jangan sumbatkan telur sepenuhnya, tinggalkan sedikit ruang.
Sotong yg dimasak terlalu lama akan liat.
Sotong segar mempunyai banyak kulit hitam di luar bukan yang berwarna putih suci.

Ingredients

Sotong 300g
Telur Hancur.
Telur 2 biji
Bawang Besar Cincang 1/2 biji
Cili Merah Cincang 1 biji
Garam Secubit
Serbuk Kari 1/2 sudu
Kuah Sotong
Sos Cili 5 sudu
Sos Tomato 2 sudu
Kicap Manis 1 sudu
Bawang Besar (Mayang) 1/2 biji
Bawang Putih (Mayang) 2 ulas
Air 1/4 cawan
Garam Secukup rasa
Gula 1/2 sudu
Daun Limau Purut 2 helai
Minyak Masak 3 sudu

Instructions

1

Cuci dan bersihkan sotong.

Goreng telur hancur.
Pecahkan telur dalam mangkuk. Campurkan bawang, serbuk kari, garam, cili merah dan kacau.
Goreng hancur dalam kuali.

2

Kemudian, sumbatkan telur hancur ke dalam sotong yang telah dibersihkan. (jangan sumbat terlalu penuh)
Tidak perlu lidikan kerana sotong akan mengecut dan memegang kemas telur hancur di dalam.

3

Masak kuah sotong.

Panaskan kuali & letakkan minyak masak.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng sehingga baik bau dan bertukar kekuningan.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, garam, gula dan akhir sekali air.
Kacau sehingga mendidih dan rasa masam manis pedasnya.

Masukkan sotong yang telah disumbat ke dalam kuah dengan berhati-hati. Kacau perlahan & tutup api setwlah sotong masak.

4

Siap & hidang.
Boleh dipotong-potong sotong tadi atau dihidang seketul comel.