Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Singapore"


Tips

*Selain memberi khasiat, sayur juga menaikkan seri bihun ini.
*Jika bihun masih keras boleh tambahkan air. Hati-hati bila menambah air kerana jika terlebih air bihun akan lembik.

Ingredients

Bihun Direndam & Ditoskan 1/2 bungkus
Udang Sederhana 12 ekor
Fishball Dihiris 12 biji
Sawi 1 pokok
Lobak Merah Dihiris Nipis Panjang 1/2 batang
Air Secukupnya
Sos Tiram 2 sudu besar
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Kisar
Bawang Besar 1/2 labu
Bawang Putih 2 ulas
Ikan Bilis Sejemput
Lada Hitam 1 sudu kecil

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga wangi & pecah minyak.

2

Masuk air, sos tiram, garam & gula secukup rasa.

3

Masukkan fishball & udang, kacau sebati. Masukkan bihun & goreng hingga lembut.

4

Masukkan sayur-sayuran & kacau sebati

5

Hidangkan bersama cili kicap.