Back to Recipe Print

Recipe for "Masak Lemak Cili Api Pisang Kapas"


Tips

- Utk mengelakkan getah pisang melekat, sila siang pisang muda tadi dibawah aliran air paip yg perlahan
- cili api asal memang tak letak bwg tapi since dr dulu chek masak letak bwg & saya suka rasanya so resepi itu diteruskan.

Ingredients

Pisang Kapas Muda 1 sikat (7 biji)
Santan Pekat 1 mangkuk
Cili Api* 10 biji
Bawang Merah* 3 ulas
Bawang Putih* 1 ulas
Ikan Bilis - Bielah Dua & Dibersihkan 10 ekor
Garam Secukupnya
Asam Gelugur 1 kepung
Kunyit * 1/2 inci
Serbuk Lada Hitam Secubit

Instructions

1

Pisang dibersihkan & disiat kulit (jgn buang sbb akan dicampur dgn isi) dan dibersihkan, dibelah dua..kemudian dia potong dua.

2

Kisar semua bahan bertanda (*)

3

Masukkan semua bahan yg dikisar,serbuk lada hitam, pisang & santan kedalam periuk

4

Kacau sekata, masukkan garam secukupnya dan ikan bilis serta asam gelugur...

5

Perlu sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul..

6

Apabila isi pisang sudah empuk , bolehlah angkat dan hidangkan