Back to Recipe Print

Recipe for "Mudahnya Memasak Pizza Di Rumah!"


Tips

Jika anda menggunakan sosej atau balls, maka keju mozarella sangat sesuai di satukan dengan sos cili atau sos tomato. Tetapi jika anda mahukan suasana makanan laut diatas pan pizza, anda boleh gunakan pes tom yam sebagai gantian sos cili. Cubalah, sedap!

Ingredients

Bahan Doh Roti
Tepung Gandum 500gm
Air Suam 1 cawan
Minyak Masak 1/2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Marjerin 1 sudu besar
Yis 1 paket yis mauripan
Bahan Inti / Topping Pizza
Keju Mozarella 1/2 cawan
Keju Parmesan 1/2 cawan
Sosej 5-10 batang
Nanas (Jika Perlu) 1 hiris
Capsicum (Merah Atau Kuning) 1 biji
Buah Zaitun (Tanpa Biji) 5 biji
Buah Tomato Segar 1 biji dipotong dadu
Mayonais 2 sudu besar
Sos Cili 3 sudu besar
Bawang Besar 1 biji (size sederhana)
Sos Tomato 3 sudu besar

Instructions

1

Membuat doh roti: Masukkan ke dalam balang bersih mengikut turutan bahan-bahan yang dinyatakan diatas.

2

Gunakan tangan bangi mendapatkan adunan roti yang baik.

3

Selepas adunan sudah cantik, pukul adunan menggunakan tangan dan jika boleh hempaskan ke 'top table' beberapa kali supaya adunan betul-betul lembut.

4

Kemudian, asingkan sebentar di dalam bekas dan tutup dengan kain putih (basahkan kain). Adunan akan naik sekali ganda.

5

Selepas itu, ambil segenggam adunan tadi dan kembali menguli. Uli dan terus leperkan lebih kurang 1/2 inci.

6

Sapu sos tomato dan sos cili di atas adunan, diikuti dengan sosej, capsicum, dan bahan-bahan lain. Akhir sekali taburkan kedua-dua keju.

7

Bakar dengan suhu 180' selama 20 minit. Sudah masak, pipekan mayonais, sos cili dan sos tomato, juga boleh tambah keju untuk menambah lebih rasa.