Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Hailam Sempoi"


Tips

Jika nak terus makan, bole tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang.
Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya, takut mee akan mengembang.. Bole hidang secara asing mcm mkn mee sup tu.

Ingredients

Minyak Masak Untuk menumis
Halia Di Kisar 5 cm
Bawang Putih Di Kisar 4 biji
Bawang Besar Di Kisar 2 biji
Cili Boh 2 s.besar
Daging Hiris Nipis, Direbus Empuk, Airnye Jgn Buang Yer Ikut citarasa masing2
Sotong, Di Bersihkan Dan Di Potong Melintang Ikut citarasa masing2
Udang Ikut citarasa masing2
Isi Ayam, Di Hiris Nipis Ikut citarasa masing2
Garam & Gula Secukup rasa
Kicap Pekat 1/4 cawan
Sos Tiram 3 s.besar
Tepung Jagung, Di Bancuh Dengan 600 Ml Air 2 s.besar
Sawi, Di Potong Ikut citarasa masing2
Kubis Putih ~ Di Hiris Ikut citarasa masing2
Carrot ~ Hiris Ikut Suka Ikut citarasa masing2
Kubis Bunga, Dipotong Ikut citarasa masing2
Lada Putih Serbuk 1 s. teh
Mee Kuning - Basuh Bersih2, Rendam Kejap Dlm Air Panas 1 kg
Bahan Tambahan
Daun Saderi/sup, Di Potong 1 Cm 1 tangkai
Cili Merah/hijau, Di Hiris 3 tangkai
Limau Kasturi/nipis ~ Hiris & Perah Waktu Nak Makan 2 biji

Instructions

1

Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.

2

Masukkan daging, sotong, udang dan ayam. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.

3

Perasakan dengan lada sulah, gula, kicap pekat, sos tiram, kalau tak cukup masin baru tambah garam

4

Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.

5

Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.

6

Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Bole hidang secara asing mcm mkn mee sup tu.

7

Akhir sekali, semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.