Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Salai Goreng Bangkok"


Tips

Jika tidak mahu salai daging sendiri, kalian boleh mendapatkan daging salai di mana-mana kedai. Hanya ulang teknik perapan, cuma perapan tidak perlu sampai 24 jam, hanya 2-5 jam sudah cukup. Kemudian terus boleh goreng.

Ingredients

Daging 500gm
Kicap Pekas Manis 3 sudu besar
Kicap Masin 1 sudu besar
Limau Nipis 2 sudu besar
Gula Perang 2 sudu besar
Garam 1 sudu kecil

Instructions

1

Potong daging lebih kurang 3 inci setiap satu. Kemudian lumurkan dengan semua bahan-bahan diatas.

2

Kemudian, perapkan daging tadi selama 24 jam di dalam peti ais (bukan tempat beku).

3

Selepas itu, letak daging diatas tudung periuk, dan salai di bawah matahari terik sekurang-kurangnya 5 jam atau boleh salai menggunakan oven.

4

Untuk salai dengan oven, letak daging di bahagian paling bawah, tetapi menggunakan api di bahagian atas sahaja. Api yang paling rendah selama 3 jam

5

Selepas itu, panaskan minyak. (Betul-betul panas). Baru goreng daging tersebut sehingga empuk.

6

Potong dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.