Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Kari Pakistan"


Tips

Boleh juga masak daging lembu atau kambing

Ingredients

Ayam 1 ekor
Bawang Besar - Cincang 4 biji
Tomato Merah - Cincang 4 biji
Halia Kisar 1 sudu makan
Bawang Putih Kisar 1 sudu makan
Serbuk Kunyit 1 sudu teh
Serbuk Cili 2 sudu makan
Serbuk Ketumbar 1 sudu teh
Yogurt Asli - Bole Ganti Ngan 2 Sb Susu Cair/segar + 1 Sb Jus Limau Biarkn 15 Min 2 sudu besar
Air 1 cawan
Garam Gula Secukupnya
Minyak 1/2 cawan
Hirisan Cili Padi Dan Daun Ketumbar Untuk hiasan

Instructions

1

Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.

2

Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.

3

Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.

4

Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur.

5

Masukkan ayam dan gaul rata.
Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.

6

Perasakan dengan garam & gula. Tambahkan yogurt. Biarkan hingga ayam masak empuk

7

Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.