Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Tulang Daging Ala Thai"


Tips

Gunakan tulang daging atau kaki ayam . Sup akan menjadi lebih beraroma dan menyelerakan .

Ingredients

Tulang Daging 1 kilogram
Serai 2 batang
Lengkuas 2 inchi
Halia 2 inchi
Sos Ikan 4 sudu besar
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 6 ulas
Cili Api 7 biji
Perahan Air Limau Nipis 3 biji
Bahan-Bahan Perasa :
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Serbuk Perasa Secukup rasa
Rempah Ratus :
Bunga Lawang 5 biji
Bunga Cengkih 5 biji
Buah Pelaga 5 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang

Instructions

1

Perapkan tulang daging dengan tepung gandum selama 3 minit untuk menghilangkan bau hanyir tulang tersebut . Bersih dan toskan .

2

Masukkan kesemua tulang daging dan air ke dalam periuk . Masak sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sehingga daging empuk .

3

Sekiranya air rebusan hampir kering , tambahkan air .

4

Setelah daging empuk , kecilkan api . Seterusnya , masukkan serai yang dititik , lengkuas , sos ikan dan cili api serta serbuk perasa . Kacau .

5

Sementara itu , tumiskan hirisan bawang putih , bawang merah , halia , bunga lawang , bunga cengkih , buah pelaga dan kulit kayu manis .

6

Hasil tumisan tadi dicampurkan ke dalam sup tulang . Tuangkan perahan air limau nipis bersama-sama tomato ceri . Kacau seketika dan tututpkan api .

7

Hidangan sup panas ini enak dimakan dengan nasi putih beserta sambal kicap . Selamat mencuba !