Back to Recipe Print

Recipe for "Talam Kastard Jagung"


Tips

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

nota
Utk mengelakkan air jatuh atas kuih, tudung dibungkus tp ada jugak sikit air bila dah dkt masak di atas lapisan hijau...lap guna tisu ikut spt tips di atas.

Ingredients

Lapisan Bawah
Tepung Beras 1 1/2 cwn
Tepung Jagung 1/2 cwn
Tepung Kastard 1/2 cwn
Gula 1 cwn
Jagung Krim Manis 1 cwn
Santan 3 1/2 cwn
Perwarna Kuning Sedikit
Garam Sedikit
Lapisan Atas
Santan Pekat 2 cwn
1 Cwn Air Pandan ( 3 Helai Daun Pandan Kisar Bersama Air Dan Jadikan 1 Cwn Jumlahnya)- Saya ganti 1 st esen pandan + 1 cwn air
Tepung Gandum 1 cwn
Tepung Jagung 2 sudu besar
Tepung Ubi 1 sudu besar
Telur 2 biji
Gula Pasir 2 sudu besar
Garam Secubit
Pewarna Hijau/pandan Sedikit

Instructions

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

1

Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.

2

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.

3

Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

4

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit

Cara Menyediakan Lapisan Atas

1

Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

2

Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.

3

Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

4

Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)