Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng"


Tips

Tambah air sekiranya bihun masih keras tp berhati2 kerana bihun akan lembik sekiranya terlebih air.

Ingredients

Bihun Direndam & Toskan 1/2 bungkus
Udang Kecil 1 genggam
Fishball Dihiris 12 biji
Sos Tiram 1 sudu besar
Kicap 1 sudu besar
Sos Cili 1 sudu besar
Cuka 1/2 sudu besar
Gula 1 sudu besar
Garam Secukup rasa
Air Secukupnya
Sawi Dipotong 1 pokok
Taugeh Segenggam
Bahan Kisar:
Cili Kering Di Rebus 7 tangkai
Bawang Besar 1/2 labu
Bawang Putih 2 ulas

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Masak hingga sedikit kering.

2

Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, sos cili, cuka, gula & garam secukup rasa. Kacau & masukkan udang & fishball. Kacau rata.

3

Masukkan bihun & goreng hingga lembut.

4

Masukkan sayuran & gaul sebati.

5

Hidangkan bersama keropok ikan.