Back to Recipe Print

Recipe for "Donut Gebu Sampai Esok"


Tips

* Jika menggunakan Bread Maker/Mixer- ikut kaedah pada BM/mixer masing-masing.

* Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab.




Ingredients

Tepung Gandum 2 1/2 cwn
Yis Kering 2 sd teh
Shortening 1 1/2 sd besar
Susu Tepung 2 sd besar
Donut Improver 1 sd kecil
Bread Softener 1 sd besar
Gula 2 sd besar
Garam Halus 1/4 sd teh
Air 1 cwn

Instructions

1

Campurkan semua bahan kecuali garam dan air. 

2

Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. 

3

Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 

4

Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 

5

Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya

6

Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 

7

Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 

8

Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 

9

Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 

10

Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan.