Back to Recipe Print

Recipe for "Ketupat Sotong"


Tips

kepala dan kulit sotong akan menyebabkan kuah menjadi merah

Ingredients

Sotong 6ekor
Beras Pulut 100g
Santan 1/2biji(1kotak)
Gula 2sudu
Bawang Merah(Dibelah) 2labu
Halia(Dihiris Memanjang) 1keping
Biji Halba 1sdk
Lidi(Dibersihkan Dan Ditajamkan Kedua Hujung) 6batang

Instructions

1

Bersihkan sotong,buang kulit dan kepala sotong

2

Bersihkan beras pulut dan sudukan kedalam sotong*masukkan separuh penuh kerana beras akan kembang

3

*jika sotong mempunyai telur,masukkan beras sedikit sahaja untuk elakkan sotong pecah ketika masak

4

Selitkan lidi pada sotong untuk elakkan beras terkeluar ketika masak

5

Panaskan santan dengan gula,kacau perlahan-lahan sehingga gula larut

6

Masukkan bawang merah,biji halba dan halia.masak hingga mendidih

7

Masukkan sotong dan masak selama 10minit atau sehingga sotong masak
*jika sotong kembang/kembung lebih dari saiz asal maknanya sotong dah masak