Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Mamak Ikan Kembung"


Tips

Rempah kari tidak perlu dibancuh dgn air kerana dimasukkan ke dlm periuk bersama bahan kisar. Ini dpt mencepatkan rempah garing kerana air tidak banyak.

Ingredients

Ikan Kembung 7 ekor
Serbuk Kari Ikan 4 sudu besar
Air Asam Jawa Secukupnya
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Kisar:
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 4 ulas
Cili Kering Direbus 4 tangkai
Bahan Tumis
Bawang Merah Dihiris Halus 2 ulas
Bawang Putih Dihiris Halus 2 ulas
Halia Dihiris Halus Memanjang 2 cm
Halba Campur 1 sudu kecil
Daun Kari 2 tangkai
Bahan Rampai
Boleh Digunakan Bendi, Terung, Buah Tomato, Cili Hijau, Cili Merah & Sebagainya Ikut kesukaan

Instructions

1

Panaskan minyak, tumiskan bwg merah, bwg putih & halia hingga garing barulah dimasukkan halba campur & daun kari.

2

Masukkan bahan kisar & rempah kari. Masak hingga garing/pecah minyak.

3

Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Masak hingga mendidih, masukkan bahan rampai.

4

Apabila mendidih masuk ikan & masak hingga sedikit pekat/pecah minyak.

5

Perasakan dgn garam & gula. Hidangkan bersama sambal belacan & ulaman.