Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Tulang Terbaik!"


Tips

Untuk tambah kesedapan, boleh masukkan cili padi (jangan potong) ke dalam sup. Juga lebih enak dihidangkan bersama cili kicap dan hirisan limau nipis.

Ingredients

Tulang Lembu / Kerbau 2kg
Daging Lembu / Kerbau 1kg
Serai (Diketuk) 2 batang
Bawang Merah (Ditumbuk) 2 biji
Bawang Putih (Ditumbuk) 8 ulas
Halia (Diketuk) 4-5 inci
Rempah Sup 5 sudu besar
Sup Bunjut 3 biji
Kayu Manis 3 batang
Bunga Lawang 3 kuntum
Buah Pelaga 2 sudu besar
Cengkih 1 sudu besar
Asam Jawa 1 susu besar
Perahan Limau Nipis 3 sudu besar
Daun Sup 1 genggam
Bawang Goreng 1 cawan
Garam 3 sudu kecil

Instructions

1

Basuh bersih tulang dan daging dan terus masukkan ke dalam periuk yang agak besar. Terus masukkan serai dan halia yang telah diketuk.

2

Masukkan sup bunjut, dan biarkan ianya mereneh.

3

Dalam kuali yang lain, tumiskan dengan sedikit minyak bawang, bawang putih, semua rempah dan rempah sup. Ambil sedikit air sup untuk cairkan tumisan.

4

Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam sup dan kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan ianya mendidih selama 30-40 minit. Sesekali lihat juga.

5

Angkat daging dan lihat sekiranya sudah empuk atau belum, jika belum teruskan didihan, jika sudah, terus masukkan air asam jawa dan perahan limau.

6

Teruskan kacau dan perasakan dengan garam. Tuang ke dalam mangkuk dan perasakan lagi dengan daun sup dan bawang goreng. Siap!