Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Panggang Sos Cendawan"


Tips

Sayur jangan rebus terlalu lama.. Nanti akan jadi terlalu lembut

Ingredients

Dada Ayam 1 keping
Lada Hitam 1 sudu
Bawang Putih - Tumbuk Lumat 2 biji
Sos Tiram 1 sudu
Jus Lemon 1 sudu
Madu 2 sudu
Garam Secukup rasa
Olive Oli Secukupnya
Brokoli 100 gm
Karot 100 gm
Asparagus 100 gm
Tomato Ceri 4 biji
Air 300 ml
Bahan Sos
Cendawan Butang Fresh - Hiris 4 kuntum
Bawang Putih Cincang 2 ulas
Tepung Kfc Bancuh Dengan Secawan Air 2 sudu
Garam Secukupnya
Gula Secukup rasa
Butter 1 sudu
Sos Lada Hitam 2 sudu

Instructions

1

Mula2 lumurkan ayam dengan sedikit garam, olive oli, jus lemon, sos tiram dan madu
Kemudian barulah lumurkan dengan lada hitam
Perap dalam 1/2 jam

2

Panaskan grill pan, letak sedikit olive oil, masak ayam diatas grill pan hingga masak

3

Pada masa yg sama, didihkan air dlm periuk, masukkan sedikit garam, rebus brokoli dan karot sekejap. Angkat dan toskan airnya

4

Dengan menggunakan grill pan tadi, masakkan asparagus dgn menggunakan lebihan minyak ayam td. Jng grill terlalu lama, cukup sekadar asparagus layu.

5

Utk sos, cairkan butter, masukkan bawang putih yg dicincang td, goreng hingga naik bau

6

Masukkan air bancuhan tepung kfc tadi. Masukkan sedikit garam dan gula sebagai perasa. Masukkan pula cendawan butang. Masukkan sos lada hitam.

7

Sentiasa kacau semasa sos menggelegak. Kemudian barulah padamkan api.

8

Susun ayam dan sayur didalam pinggan, tuangkan sos cendawan.