Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Sarang Lebah "


Tips

1. TAPISKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG UNTUK ELAK ADA KETULAN2 KECIL

2. pastikan bakar dengan api bawah sahaja untuk menghasilkan "sarang"


Ingredients

Gula 1 cawan
Air Panas 1 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Soda Bikarbonat 3 1/2 sudu teh
Telur 4 biji
Mentega 2 sudu besar
Tepung Gandum Dan Soda Bikarbonat Diayak

Instructions

1

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair.

2

(hatihati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.

3

Telur dan susu dipukul sebati dalam satu bekas.masukkan gula hangus tadi dan kacau sebati

4

Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil kacau perlahan sehingga sebati .Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.

5

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api bawah sahaja dalam 40 - 42 minit atau sehingga masak.. suhu ikut oven masing-masing