Back to Recipe Print

Recipe for "Light Blueberry Cheddar Cheese Cake"


Tips

1.biasanya, saya akan pukul kuning telur dulu dan siap untuk adunan cheese, baru pukul putih telur sebab tak nak meringue tinggal terlalu lama setelah dipukul siap

2. pukul kuning telur dengan 1 sudu besar gula halus sehingga berbuih dan pucat ( adunan agak berkrim )

3. guna loyang bulat 8"

4. untuk mendapatkan tekstur cheese kek yang sekata, bakar dalam 1 jam 20 minit atau sehingga masak, guna api bawah sahaja suhu 150 C. bakar sampai permukaan atas tu agak keperangan. pastikan suhu oven masing-masing

5. setelah masak, biarkan di dalam oven seketika dalam dalam 1 jam atau bila nampak berwap sikit oven tu baru buka pintu oven sikit.tak nak kek kecut secara mengejut.. kek akan turun sikit

6. simpan semalaman untuk tekstur kek yang lebih sedap

Ingredients

Susu Segar 300ml
Keju Keping Kraft 6 keping
Telur 3 biji
Gula Halus 90gm
Tepung Gandum 110
Esen Vanila 1 sudu teh
Mentega 110gm
Blueberry Filling Secukupnya
Krim Tartar 1/8 sudu teh

Instructions

1

Panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. kacau sehingga cair dan masukkan mentega. kacau sehingga cair dan ketepikan

2

Asingkan putih dan kuning telur pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga berbuih baru masukkan krim tartar

3

Putar dengan kelajuan tinggi sambil diselangseli dengan gula halus sampai menjadi meringue

4

Adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan tak tumpah

5

Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yang dipanaskan tadi. kacau perlahan

6

Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata

7

Masukkan esen vanila dan sebatikan adunan ambil loyang yang sudah digris tadi atau dialas baking paper ..tuang adunan ke dalam loyang

8

Picitkan blueberry filling ( gunakan icing bag atau plastik bersih yang digunting sedikit hujungnya dengan cara bulatan di sekeliling adunan

9

Bakar pada suhu oven yang telah dipanaskan ikut suhu oven masing-masing dengan menggunakan kaedah bain marie

( BAIN MARIE - letakkan loyang adunan di dalam loyang yang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 1 jam 20 minit dengan api bawah sahaja atau sehingga atas permukaan agak keperangan