Back to Recipe Print

Recipe for "Orange Marble Chiffon Cake"


Tips

NOTA: MASA BAKAR TU SEKIRANYA DAH NAMPAK MACAM BROWN KAT ATAS TU DALAM 25 MINIT PERTAMA , BOLEH COVER DENGAN ALUMINIUM FOIL TAK NAK BAGI HANGUS DAN BAKAR SEHINGGA MASAK

Ingredients

Bahan-Bahan A
Telur Kuning (Saiz A) 5 biji
Gula Castor 15 gm ( saya guna satu sudu besar )
Minyak Jagung 40 ml
Jus Oren Dan Parutan Kulit Kalau Suka 50ml
Tepung Kek Atau Tepung Gandum 60gm
Tepung Beras 30gm
Bahan - Bahan B
Putih Telur 5 biji
Krim Tartar 1/4 sudu teh (optional)
Gula Castor 45gm
Coklat Masakan 30gm
Esen Coklat 1 sudu teh
Coklat Masakan Dicairkan Dengan Cara Double Boiler Dengan Satu Sudu Besar Susu Cair

Instructions

1

Ayak kedua jenis tepung

2

Asingkan putih dan kuning telur dalam mangkuk yg berasingan

3

Pukul kuning telur dan gula sehingga sebati, masukkan minyak jagung dan oren jus serta parutan kulit limau..

4

Pukul lagi sehingga semuanya bergaul sebati.masukkan tepung sikit demi sikit sehingga sebati

5

Dalam mangkuk lain, putar putih telur sehingga berbuih , masukkan krim tartar, putar lagi dan masukkan gula perlahan -lahan .

6

Putar kelajuan tinggi sehingga menjadi kembang dan bertanduk ( jangan terlebih putar)

7

Ambil dalam 3 sudu besar bahan A dan gaul sebati dengan coklat masakan yang telah dicairkan, ambil dalam 1/4 meringue dan kaup balik sehingga sebati.

8

Putih telur yang selebihnya dikaup balik dengan bahan A sehingga sebati. tuangkan kedalam loyang chiffon berselang seli dengan adunan coklat.

9

Buatlah corak marble kalau nak.. hentak sikit loyang sebelum bakar nak bagi keluar buih buih yang terperangkap..

10

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 45 minit dalam suhu 150 C

11

Bila dah bakar, terus keluar dari oven dan terbalikkan loyang tu

12

Tunggu sehingga suam suam sikit baru terbalikkan dan keluarkan kek dari loyang chiffon