Back to Recipe Print

Recipe for "Asam Pedas Ikan Tenggiri"


Tips

1)Pastikan tumis cili sehingga pecah minyak.Bahan tumisan akan pecah minyak apabila bahan tersebut seperti bergumpal.

2)Jika mahu cili atau bahan tumisan cepat minyak,gunakan minyak yang banyak.Setelah pecah minyak keluarkan lebihan minyak tersebut.

3)Ikan dikunyitkan sebelum dimasukkan ke dalam asam pedas akan rasa lebih enak.

Ingredients

Ikan Tenggiri 2 keping saiz besar
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Putih 4 ulas
Cili Kering ( Direbus Dan Diblend) 2 gengam
Belacan Sebesar duit 5 sen
Daun Kesum 2 tangkai
Bunga Kantan 1
Garam -
Air Asam Jawa -
Tomato,terung & Bendi -
Minyak Untuk Menumis -

Instructions

1

Rebus cili kering selama 10 minit.

2

Bersihkan ikan dan cuci ikan menggunakan air asam jawa atau air beras.

3

Kisar cili kering bersama bawang merah,bawang putih dan belacan.

4

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.

5

Tumis bahan sehingga pecah minyak.

6

Masukkan air asam jawa.Masukkan daun kesum,bunga kantan dan ikan tenggiri yang telah dikunyitkan.

7

BIarkan mendidih.Kemudian masukkan tomato,terung dan bendi.