Back to Recipe Print

Recipe for "Lemak Labu "


Tips

guna santan yang diperah lebih sedap berbanding santan dalam kotak.

Ingredients

Labu 1/2 biji saiz sederhana
Bawang Merah 3biji
Ikan Bilis Segenggam
Santan 1 kotak kecil
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Air 2 cawan
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Kulit keras labu perlu dibuang, dan labu dipotong mengikut saiz kesukaan. Basuh dan toskan.

2

Bawang merah dan ikan bilis ditumbuk sehingga lumat.

3

Masukkan perencah yang telah ditumbuk dan letakkan santan dan sedikit air.

4

Masak di atas api perlahan, pastikan kuah tadi sentiasa dikacau untuk mengelakkan kuah lemak, terasing dengan santan.

5

Setelah mendidih, masukkan labu yang telah dibasuh bersih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan terasing. masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam.

6

Setelah mendidih tutup api, bolehlah dihidangkan.