Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Masak Telur Masin"


Tips

Pastikan ketam diketuk dahulu supaya senang untuk makan.Sesetengah orang ambil telur masin kuning sahaja tapi saya ambil semua..sayang nak buang.

Ingredients

Ketam Bunga 4 ekor
Telur Masin 3 biji
Susu Cair 100 ml
Tepung Jagung Secukupnya
Daun Kari 2 tangkai
Cili Padi 6 biji
Bawang Putih 4 ulas
Minyak Untuk Menggoreng Ketam Secukupnya
Butter 2 s/b
Garam/gula Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan ketam dan dibelah 4.

2

Gaulkan ketam bersama tepung jagung.

3

Panaskan minyak dan goreng ketam sampai kekuningan.Ketepikan.

4

Rebuskan telur masin separa masak dan lenyekkan sampai hancur.Ketepikan.

5

Gorengkan bawang putih, cili padi dan daun kari dengan butter sehingga naik bau.

6

Masukkan telur masin tadi dan masukkan susu cair, garam dan gula. Kacaukan hingga sebati.

7

Masukkan ketam yang digoreng tadi dan kacau hingga kering.Siap untuk dihidang.