Back to Recipe Print

Recipe for "Kuey Teow Hong Kong"


Tips

1. Boleh juga masukkan seafood (udang,sotong) untuk rasa yang lebih sedap.
2. Kuey teow lebih sedap dimakan jika digoreng garing.

Ingredients

Kuey Teow (Dibahagikan 4 Bhgian) 1 paket
Telur 2 biji
Bawang Putih (Diketuk) 4 ulas
Kiub Pati Ayam Knorr/maggi 1 kiub
Air 2-3 cawan
Carrot 1/2 batang
Sayur Sawi -
Cendawan Tiram 3-4 keping
Putik Jagung 2-3 biji
Cili Hijau 1 biji
Daging (Direbus Terlebih Dahulu) -
Isi Ayam (Dipotong Kecil) -
Tepung Jagung 2-3 sudu besar
Minyak Masak 1 sudu

Instructions

Penyediaan Kuey Teow

1

Bersihkan 1 bahagian kuey teow dan toskan.

2

Pecahkan sebiji telur didalam bekas yang lain dan pukul dengan garfu. (macam nak buat telur dadar tu.)

3

Masukkan kuey teow yang telah dibersihkan tadi ke dalam adunan telur. Gaulkan.

4

Panaskan kuali dgn sedikit minyak, dan goreng kuey teow + telur sehingga garing. Ketepikan dahulu di dalam mangkuk.

Penyediaan Kuah Hong Kong Style

1

Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih yang diketuk sehingga sedikit kekuningan.

2

Tambahkan air secukupnya. (Agak-agak kuah cukup untuk 2 orang makan.

3

Masukkan kiub pati ayam, ayam yang telah dipotong dan daging. Biarkan sampai sedikit menggelegak.

4

Setelah kuah menggelegak, masukkan carrot, batang sawi dan putik jagung terlebih dahulu.

5

Selepas lembut, barulah masukkan cili hijau daun sawi, dan juga cendawan.

6

Untuk memekatkan kuah, masukkan 1-2 sudu besar tepung jagung ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit air dan kacau. Tuang tepung jagung ke dalam kuah anda.

7

Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah atau mengurangkan tepung jagung tadi. Rasakan garam.

8

Akhir sekali, ambil mangkuk yang sudah berisi kuey teow yang digoreng dan tuangkan kuah ke atasnya. Siap untuk dinikmati! :)