Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Bersama Keropok Ikan"


Tips

1. Patah2kan keropok ikan menjadi kepingan kecil apabila hendak mkn. Atau boleh juga sebelah tangan suap bihun, sebelah tgn suap keropok. Hehe

2. Hati2 semasa tambah air, jika air terlebih bihun akan lembik.

Ingredients

Bihun Direndam Selama 10Min & Ditoskan 1/2 paket
Udang Kecil 1 genggam
Fishcake 2 keping
Sos Cili 1 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Kicap 1 sudu besar
Cuka 1 sudu besar
Air Secukupnya
Taugeh Segenggam
Kucai Segenggam
Keropok Keping Secukupnya
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 7 tangkai
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 3 ulas

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga kering.

2

Masukkan 1 cawan air, semua jenis sos & kicap. Masukkan garam & gula secukup rasa.

3

Masukkan udang & fishcake. Kacau sebati.

4

Masukkan bihun. Kacau hingga lembut. Tambah air jika bihun masih keras.

5

Masukkan taugeh & kucai. Gaul sebati.

6

Dalam kuali berasingan panaskan minyak & goreng keropok ikan secukupnya.

7

Hidangkan bihun bersama keropok keping.