Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Jala Lembut"


Tips

Santan atau susu juga boleh digunakan menggantikan air.

Ingredients

Roti Jala
Tepung Gandum 2 cawan
Air 2 cawan
Telur 1 biji
Minyak 1 1/2 sudu besar
Pewarna Kuning Secukupnya
Garam Secukup rasa
Kari Ayam
Ayam 1/2 ekor
Bawang Merah (Dihiris Nipis) 6 ulas
Bawang Putih (Dihiris Nipis) 3 ulas
Halia 4 cm
Bunga Lawang Secukupnya
Bunga Cengkih Secukupnya
Kulit Kayu Manis Secukupnya
Buah Pelaga Secukupnya
Daun Kari Secukupnya
Santan 1 biji kelapa
Rempah Kari Ayam 1 1/2 paket
Garam Secukupnya

Instructions

Cara membuat roti jala

1

Tepung dan air digaul sebati.

2

Masukkan telur.

3

Masukkan pula minyak masak.

4

Perasakan dengan garam.

5

Akhir sekali, titiskan pewarna kuning.

6

Jalakan di atas non stick pan menggunakan acuan roti jala.

7

Biarkan sehingga masak. Angkat dan gulungkan.

Cara membuat kari ayam

1

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

2

Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

3

Masukkan serbuk kari ayam tang dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.

4

Selepas tu masukkan daun kari

5

Masukkan ayam dan sedikit air. Biar sehingga mendidih.

6

Masukkan pula santan.

7

Akhir sekali masukkan garam, kalau pekat sangat tambah air sedikit. Perlahankan api sampai naik minyak.

8

Enak dimakan bersama roti jala. Selamat mencuba!!