Kerangka Ayam | 1 ekor |
Tomato | 3 biji belah 5 |
Daun Sup Dihiris Kasar | Segenggam |
Bawang Putih * | 4 ulas ( jangan buang kulit ) |
Halia ( Jangan Buang Kulit ) * | 1/2 inci diketuk |
Bawang Merah * | 3 biji dipotong 4 atau 3 ( buang kulit luar untuk 1 -2 kelopak sahaja ) |
Serbuk Lada Putih | 2 sudu teh |
Kiub Ayam Manggi | 1 1/2 kiub |
Bebola Ikan Dibelah 2 | 1 mangkuk |
Bihun Kering ( Direndam Dalam 2 Jam Dan Dicelur ) | 1/2 dari bungkusan plastik |
Bahan-Bahan Untuk Hiasan | |
Bawang Goreng | Secukupnya |
Sayur Sawi Dipotong Dan Dicelur | Segenggam |
Limau Kasturi Dibelah 2 | 3 biji |
Pertama sekali, rebus kerangka ayam dengan 1 liter air sehingga empuk dan masak. letak garam sikit. bihun
Bawang putih , bawang merah basuh buang kulit untuk 1 -2 kelopak pertama sahaja dan halia dibakar sehingga wangi dan bawang tu nampak jadi karamel.
Kerangka ayam yang dah direbus dileraikan dari tulangnya dan masukkan balik ke dalam stok
Tambah air sebanyak 1 liter lagi dalam periuk dan masukkan fishball, daun sup, serbuk lada putih, kiub ayam
Bawang putih dan bawang merah yang dipanggang tadi di buang kulitnya serta halia dimasukkan ke dalam stok tadi
Letak atas dapur dan biarkan mendidih, sekali sekala kacau ..reneh sup sampai semua bergaul mesra nanti nak tutup api boleh masukkan tomato
Bila dah tutup api.. boleh masukkan garam.suai rasa sekali lagi biar semuanya dah cukup perisa
CARA UNTUK MENGHIDANG
Letak bihun yang dicelur dalam mangkuk., tabur bawang goreng dan letak sup secukupnya, letak sayur sawi yang dicelur dan belahan limau kasturi
Siap untuk dihidangkan