Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Tumis Halia"


Tips

Boleh gunakan lobak merah, kacang pis dan kacang buncis.

Ingredients

Sotong 500 gram
Halia 3 cm
Serai Sebatang - titik
Bawang Merah Sebiji - mayang halus
Bawang Putih 3 ulas - ketuk
Kacang Panjang Seikat - potong panjang
Daun Limau Purut Sehelai - koyakkan
Cili Padi 3 biji - ketuk
Minyak Secukupnya -
Garam Secukupnya
Lada Hitam Secukupnya
Air Secawan

Instructions

1

Bersihkan sotong dan buang dakwatnya. Setelah bersih, potong bulat sotong tersebut. Perapkan seketika dengan garam dan kemudian bilas bersih.

2

Bawang merah dimayang halus dan bawang putih diketuk. Manakala kacang panjang pula dipotong panjang-panjang. Halia pula dipotong memanjang halus.

3

Panaskan kuali dengan minyak yang secukupnya. Setelah panas, masukkan bawang merah dan putih. Setelah naik bau, masukkan pula halia,serai dan cili.

4

Apabila semua sudah naik bau, sotong pula dimasukkan. Gaul sebati. Selepas 1 minit, masukkan air dan daun limau. Biarkan seketika sehingga mendidih.

5

Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Siap untuk dihidangkan.