Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Cha-Cha"


Tips

Sila tambah gula, gula melaka dan garam mengikut citarasa masing-masing.

Ingredients

Cha-Cha Segera 1 cawan
Ubi Keledek 1
Santan Pekat 2 mangkuk
Air Gula 1 cawan
Gula Melaka 1 keping
Sagu 1 sudu besar
Daun Pandan 2 helai
Garam Secubit

Instructions

1

Basuh cha-cha sehingga bersih. Masukkan ke dalam periuk dan rebus dengan air sehingga lembut (10-15minit) dan kemudian toskan. Jangan sampai terlalu kembang.

2

Pada masa yang sama rebus ubi keledek (yang telah dipotong dadu) sehingga hampir empuk dan kemudian toskan.

3

Masukkan cha-cha dan ubi keledek yang telah ditoskan itu ke dalam perituk bersama santan, gula melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan (disimpul) ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa dikacau sehingga mendidih.

4

Tutup api dan siap untuk dihidangkan.