Back to Recipe Print

Recipe for "Home Made Doh/base Pizza Gebu"


Tips

Bancuhan yis Hendaklah berbuih selepas 5min utk menandakan yis itu aktif.

Ingredients

Bahan Doh:
Tepung Gandum 4 cawan setengah
Yis Kering 1packet/11 gram
Minyak Zaitun 2 sudu besar
Air Suam 1.5 cawan
Gula 2 sudu kecil
Garam 2 sudu kecil
Bahan Topping:
Tomato Puree 200gram
Bawang Besar 1 biji
Isi Ayam 200 gram
Sosej 7 batang
Nenas 100 gram
Cili Benggala Setengah biji
Cerry Tomato 15 biji
Keju Mozarella 300 gram
Lada Sulah Dan Garam Sedikit
Serbuk Oregano Dan Parsley Secukup rasa
Bawang Putih 3 biji
Minyak Sedikit

Instructions

Cara buat doh

1

Rendam yis dan gula dalam air suam selama 5 ke 10minit hingga berbuih.

2

Gaul tepung yang telah diayak bersama garam.

3

Masukkan minyak zaitun dan bancuhan yis dan uli 15minit.

4

Kemudian tutup dengan plastic wrap atau kain basah.biarkan sejam hingga doh naik 2kali ganda.

5

Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian. canai/leperkan ikot ketebalan pizza yang diingini.

6

Letak sos toping dan bahan toping lain. bakar selama 20minit dengan suhu 180 darjah.

Cara sediakan topping

1

Tumis bawang besar dan bawang putih yg dicincang halus.

2

Bila semua layu,masukkan ayam dan tomato puree.

3

Perisakan dengan garam,serbuk aregano,serbuk parsley dn garam.

4

Kacau dan masak selama 3minit.

5

Nenas dan sosej potong nipis dan bersihkan.