Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Teppanyaki Mudah "


Tips

bawang putih hiris nipis agar ia rangup.! Untuk lelbih sedap dan ummpp.Hiris bawang putih sebanyak mana yang di kehendaki dan gaulkan sedikit garam.
Goreng didalam minyak yang telah di campur sedikit marjerine. Goreng dengan api besar pada mulanya dan kecilkan api apabila ia mula mengguning. Bila bawang mula keperangan,boleh di angkat dan toskan minyaknya dengan tishu.

Ingredients

Isi Ayam Potong Dadu 200 gram
Kobis 50 gram
Lobak Merah Sebatang
Taugeh 50g
Kicap Cair Secukup rasa
Lada Hitam Secukup rasa
Bawang Putih Hiris Nipis 3 - 4biji
Minyak Semangkuk kecil
Lobak Putih Parut Halus Seinci

Instructions

1

Potong nipis sayur kobis , lobak merah di potong seperti batang mancis.

2

Tuang sedikit minyak (saya guna minyak zaitun sebab bagi anak umur setahun makan) dalam kuali.

3

Gorengkan bawang putih sebentar dgn cara kena pada semua permukaan berminyak.Bila bawang permukaan bawang kekuningan,ketepikan.

4

Letakkan isi ayam.Taburkan sedikit lada hitam di permukaan ayam.Biarkan lebih kurang 4-6 minit.

5

Terbalikkan dan taburkan juga lada hitam dan sedikit kicap cair.Goreng ayam sehingga sedikit garing dan percikkan kicap cair dan ketepikan.

6

Tambahkan sedikit minyak di permukaan kuali bercampur minyak bekas menggoreng ayam tadi dan masukkan sayur-sayuran.

7

Taburkan sedikit lada hitam dan kicap cair. Gaul rata. Masak sebentar sahaja.
Angkat dan letakkan ayam di atas sayur.

8

Taburkan bawang putih goreng dan makan bersama kicap cair yang telah di campur sedikit parutan lobak putih.