Back to Recipe Print

Recipe for "Shepherd Pie"


Tips

Jika guna kentang USA yg besar tu cukup la 5 biji sahaja. Kalau guna kentang biasa, guna lah dalam 10 biji atau lebih.

Ingredients

Kentang Us - Buang Kulit 5 biji
Fresh Milk 1/4 cawan
Butter 3 sudu
Lada Sulah 1 sudu
Garam Secukup rasa
Bahan Inti
Bawang Holland - Cincang 1 labu
Bawang Putih - Cincang 2 ulas
Tomato - Potong Dadu 1 biji
Daging Cincang 1 paket
Sos Prego/ Tomato Puri 1 tin
Cendawan Butang - Hiris 1 tin
Lada Hitam 1 sudu
Garam Secukup rasa
Serbuk Oregano 1 sudu
Sos Cili 2 sudu
Butter 2 sudu
Utk Disapu Atas Kentang
Telur + Pewarna Kuning Setitik 1 biji

Instructions

1

Mula2 rebus kentang hingga empuk

2

Kemudian masukkan ke dalam food processor bersama butter, susu segar, garam dan lada sulah

3

Kisar hingga sebati
Ketepikan

4

Panaskan butter dalam kuali
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu

5

Masukkan daging kisar
Masukkan sos prego, sos cili, lada hitam, oregano dan garam

6

Kacau sehingga sir daging kering dan pekat

7

Masukkan cendawan butang dan juga tomato yg dipotong dadu

8

Kacau hingga sebati
Siap

9

Ambil bekas yg tahan panas, sapu bekas dengan butter

10

Letakkan kentang yg dikisar td kedasar bekas dan ratakan

11

Masukkan bahan inti yg dimasak tadi

12

Akhir sekali sapukan kentang kisar tadi keatas permukaan inti dsn menutupi bekas tersebut

13

Sapukan kuning telur, kemudian lorek sedikit kentang tersebut menggunakan garfu

14

Bakar pada suhu 180dc selama 30 minit atau hingga masak