Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Lemak Menyengat"


Tips

Kepekatan santan dan kepekatan warna kuning lemak boleh ditambah mengikut selera sendiri.

Boleh ditambah kentang dan tomato jika suka.

Ingredients

Ayam 6 ketul
Kunyit Hidup 3 inci
Bawang Putih 5 ulas
Bawang Besar 1 biji
Cili Padi 20 biji
Serbuk Kunyit (Jika Tidak Cukup Warna) 1 sudu kecil
Lada Sulah Ajishio 3 sudu kecil
Santan 3/4 kotak
Air Panas 3 cawan

Instructions

1

Tumbuk kunyit, bawang putih, bawang besar dan cili padi. Rasanya akan lebih menyerlah berbanding dikisar.

2

Tumis bahan yang ditumbuk ke dalam kuali berisi sedikit minyak.

3

Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan lada sulah. Gaul hingga hampir kering barulah masukkan 3
cawan air.

4

Biarkan ayam separuh masak dan masukkan santan. Perlahankan api dan sentiasa kacau perlahan agar santan tidak pecah.

5

Masukkan gula, garam dab serbuk kunyit jika warna tidak memuaskan. Siap untuk dihidang.