Back to Recipe Print

Recipe for "Masak Lemak Mudah Dan Sedap"


Tips

masukkan santan last untuk mengelakkan masak lemak ini pecah minyak

Ingredients

Ketam Sederhana Besar 6 ekor
Santan Kotak Jenama Ayam Brand Kotak yang sederhana
Bawang Putih 1 ulas
Serai 1 batang
Serbuk Kunyit Cap Adabi 1 sudu kecil kfc
Garam 2 sudu kecil
Asam Keping Sekeping

Instructions

1

Masukkan ketam dalam periuk. Isikan air ke dalam periuk. Masukkan hanya paras ketam sahaja.. means jangan banyak.

2

Tumbuk satu ulas bawang putih dan ketuk serai.

3

Masukkan serbuk kunyit ke dalam rebusan ketam tadi beserta bawang putih dan serai yg telah diketuk tadi.

4

Selepas rebusan sudah agak mengelegak.. dalam masa 10minit gitu. Masukkan asam keping.

5

Akhir sekali, masukkan santan. Pastikan api sederhana. Masukkan garam. Jika mahu pedas bolehla masukkan cili padi yang ditumbuk. Kacau2 dalam masa 2minit sahaja. Rasa kuah dan kalau terkurang bolehla tambah apa yg patut. Siapppp.