Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Susu"


Tips

Selepas selesai dikukus, tinggalkan selama 1 minit barulah dikeluarkan dari pengukus untuk hasil kek apam yang gebu tapi lembab.

Ingredients

Tepung Gandum 1 3/4 cawan
Susu Tepung 2 sudu besar
Garam Secubit
Telur Gred A Atau B 4 biji
Gula 1/2 cawan
Susu Pekat 2 sudu besar
Ovalet 1 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu kecil

Instructions

1

Pukul semua bahan kecuali tepung dan susu tepung sehingga kembang dan putih.

2

Masukkan tepung dan susu tepung yang sudah diayak. Kaup balik dengan lembut.

3

Gris loyang dan masukkan adunan ke dalam loyang. Titikkan pewarna dan gunakan hujung lidi untuk membentuk corak.

4

Masukkan adunan ke dalam pengukus yang sudah panas. Kukus selama 30 minit.

5

Balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke atas adunan yang menyebabkan permukaan apam tidak rata dan cantik.

6

Hasilnya apam yang sangat gebu dan ringan.