Back to Recipe Print

Recipe for "Red Velvet Cheese"


Tips

1. Guna gula aising untuk laipsan cheese,cheese akan lebih cepat 'set' dari menggunakan gula castor.
2. Lapik loyang dengan baking paper yg lebih besar size dari loyang supaya mudah untuk keluarkan kek.
3. Guna gula aising untuk bancuhan cheese akan membuatkan ia cepat 'set' dari guna gula castor.
4. Boleh lebihkan/kurangkan jus lemon/oren/gula dalam bancuhan creamcheese mengikut citarasa.
5. Potong kek dengan pisau suam untuk mendapat potongan kek yang kemas dan bersih.

Ingredients

Bahan Kek - Diayak
Tepung Gandum 1 3/4 cawan
Baking Powder 1 1/2 sdt
Soda Bicarbonat 3/4 sdt
Serbuk Koko 1 sdb
Bahan Buttermilk
Cuka Makan 3 sdb
Susu Cair 3/4 cwn
Bahan Basah
Telur Gred B 2 biji
Gula Castor 1 cawan
Minyak 1 cawan
Telur Gred B 2 biji
Garam 1 1/2 sdt garam
Pewarna Merah Bright Red 1/2 sdb
Bahan Topping Cheese
Creamcheese 250g
Telur Gred B 1 biji
Gula Castor 1 cawan
Jus Lemon 1 sdb

Instructions

Cara membuat buttermilk

1

Campur susu & cuka , perap 15 minit.
Boleh panaskan oven 170'-180' C

Cara membuat lapisan kek

1

Menggunakan mixer pukul bahan basah kecuali minyak hingga gula larut & telur kembang.

2

Masukkan Buttermilk. Kacau rata

3

Perlahan2 masukkan bahan ayak sikit demi sikit sambil dipukul perlahan.
*tepung akan nampak seperti berbuih,kerana tindakbalas cuka dan soda

4

Batter sudah sebati, masukkan minyak. kacau rata.
Tuang kedalam loyang bersaiz 8"

5

Simpan sikit dalam 1 sdb untuk mencorakkan atas cheese nanti. Bakar hingga masak.

Cara untuk membuat lapisan cheese

1

Pukul semua bahan hingga kembang.
Keluarkan kek dari oven dan tuangkan bancuhan creamcheese

2

Ratakan. Corakkan atas lapisan cheese dengan lebihan batter kek tadi. Bakar bain-marie selama 10-15 minit

3

Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.