Back to Recipe Print

Recipe for "Brown Honey Chicken Blackpepper"


Tips

Jika terlebih manis tidak mengapa, kerana sesuai makan dengan nasi putih yg panas.

Ingredients

Ayam 8-10 ketul
Gula 4 sudu besar
Madu 2 sudu besar
Biji Lada Hitam 2 sudu besar
Serbuk Lada Sulah 1 sudu besar
Cili Padi 7 biji
Tomato Kecil 10 biji
Bawang Goreng Sekadar hiasan
Bawang Putih 5 ulas
Air Panas 3 cawan

Instructions

1

Tumbuk bawang putih bersama biji lada hitam hingga betul-betul halus. Tumbuk juga cili padi sedikit sekadar pecah.

2

Ayam boleh dipotong kecil jika mahu supaya mudah masak dan tidak mentah di dalamnya.

3

Panaskan kuali, masukkan air dan kesemua bahan kecuali tomato dan bawang goreng. Reneh seketika, tutup kuali.

4

Buka kuali dan sederhanakan api. Biarkan ia mengering sedikit demi sedikit sambil digaul seketika.

5

Ketika ayam sudah masak dan keperangan, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.

6

Sedia dihidang bersama taburan bawang goreng jika suka.