Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kari Nyonya"


Tips

Rebus kerang dengan sekejap supaya kerang tidak terlalu kering.

Ingredients

Rempah Kari Daging 1cawan
Cili Kering (Blend) 1/2cawan
Bawang Putih 8ulas
Daun Kari 1genggam penuh
Serai (Diketuk) 4batang
Belacan Besar ibu jari
Buah Keras 4biji
Ayam (Potong Kecil) 1/2ekor
Isi Kerang 1/2kg
Taupok 10biji
Pati Santan 1cawan
Mee Kuning 1kg
Taugeh Rm1.00

Instructions

1

Tumbuk bawang putih bersam buah keras dan belacan. Kemudian tumis sampai wangi.

2

Masukkan cili blend,kacau sampai garing. Masukkan rempah kari,daun kari dan serai kemudian kacau rata.

3

Tambahkan setengah cawan air masak sampai jadi paste (asingkan sedikit sahaja paste tu).

4

Bila wangi masukkan ayam,kacau dan tunggu hingga terbit air ayam.

5

Kemudian tambah air mengikut kesukaan nak cair atau pekat.

6

Setelah mendidih masukkan santan. Tunggu sehingga terbit minyak. Masukkan taupok.

7

Bila kuah dah menyerap pada taupok tutup api masukkan isi kerang.

8

Hidang mee yang dah dicelur dalam mangkuk. Tuang kuah tadi. Hiaskan dengan taugeh,lada potong,limau dan paste yang da diasingkan tadi.