Back to Recipe Print

Recipe for "Butter Chicken "


Tips

Kuah dibiarkan pekat lebih sedap. Tapi saya buat cair sikit sebab anak2 suka makan berkuah.

Ingredients

Ayam Bahagian Isi Potong Kecil 2 ketul
Serbuk Kari 1 sudu makan
Gula 1 sudu teh
Garam Secubit
Tepung Gandum 1 sudu makan
Minyak Untuk Menggoreng Secawan
Butter - Apa Jenis Pun Boleh 2 sudu makan
Cili Merah Potong Kecil 2 biji
Cili Api 2 biji- ikut tahan pedas
Daun Kari Setangkai
Susu Cair 300 ml- ikut kepekatan yg diingini
Keju Cheesdale 3 keping
Serbuk Ayam Jenama Apa Pun Boleh Seketul
Serbuk Lada Hitam Setengah sudu teh
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Bersihkan ayam dan potong kecil.

2

Satukan ayam, tepung gandum, rempah kari, gula dan garam didalam satu bekas. Gaul rata dan biarkan selama 15 minit.

3

Selepas 15 minit gorengkan ayam tadi sehingga kekuningan. Jangan biarkan garing. Nanti ayam keras.

4

Angkat ayam dan toskan. Panaskan kuali. Dan masukkan butter.

5

Tumis daun kari dan cili merah serta cili api.

6

Masukkan susu mengikut kepekatan yang disukai. Biar mendidih.

7

Masukkan cheese dan biar cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.

8

Masukkan serbuk ayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Biar sebentar dan tutup api. Siap!