Back to Recipe Print

Recipe for "Kerutuk Ayam Kampung"


Tips

kalau nak tambah santan boleh tambah selepas ayam tu dah empuk dan sebati dengan rempah kerutuk, baru boleh letak santan

Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja

Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

tip nak bagi isi ayam tu lembut, boleh guna daun nangka dan masukkan apabila ayam bergaul dengan rempah,carik-carikkan dan masukkan ke dalam periuk.

guna ayam kampung ni kalau nak rebus, boleh rebus guna periuk tekanan.. kalau tak nak rebus tak apa, teruskan kaedah memasak macam biasa cuma di sini letak daun nangka yang dicarik dan rebus yang agak lama juga sampai ayam tu empuk

Ingredients

Ayam Kampung 1/2 kg
Serai 1 batang
Kelapa 1 genggam ,sangai nak jadikan kerisik
Rempah Kerutuk 4 sudu besar
Serbuk Cili 1 sudu besar
Rempah Kerutuk + Serbuk Cili Bancuh Dengan Sedikit Air
Gula Melaka 1 1/2 keping
Garam Secukup rasa
Santan Pekat 2 cawan
Air Asam Jawa 1 mangkuk
Bahan Kisar Halus
Lengkuas 3 hiris
Halia 2cm
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Bahan Tumis
Buah Pelaga 3 biji
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 2 kuntum
Halia Dimayang Halus 2 cm
Bawang Merah Mayang 5 ulas
Bawang Putih Mayang 2 ulas

Instructions

1

Rebus ayam hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan). Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan

2

Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai.

3

Perasakan dengan garam dan gula.Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana

4

Masukkan ayam yang telah direbus,masukkan air asam jawa, biar mendidih sikit, kacau hingga rata dan masukkan santan. masukkan gula melaka

5

Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dengan secukupnya.

6

Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit.sebelum tutup api , baru masukkan kerisik. biar merenih sekejap

7

Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.