Back to Recipe Print

Recipe for "Snickers Cheesecake"


Tips

Utk dapatkan rasa cheesecake yang sedap sila gunakan bahan yang premium.. Biasanya resepi mungkin lebih kurang sama, tp kualiti bahan yg digunakan yg membezakan rasa cake tersebut

Ingredients

Biskut Oreo Yg Dihancurkan 300gm
Butter 30 gm
Bahan B
Cream Cheese 300 gm
Gula Castor 100 gm
Telur Gred A 2 biji
Whipping Cream 200 ml
Tepung Jagung 1 sudu besar
Vanilla Extract (Jika Tak Ada Boleh Guna Esen Vanilla) 1 sudu besar
Jus Lemon 1 sudu besar
Chocolate Snickers - Dipotong2 1 batang
Choc Ganache Untuk Topping
Dark Choc Button 300 gm
Whipping Cream 250 ml

Instructions

1

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160dc

Gunakang loyang size 7' yang bole ditanggalkan

Balut loyang tersebut dengan aluminium foil terlebih dahulu

2

Untuk based, gaulkan biskut oreo yang telah dihancurkan bersama butter
Selepas itu padatkan kedalam loyang
Bakar selama 15 mnt menggunakan suhu 160dc
Bila dah masak sejukkan diatas redai

Bahan B

1

Dalam mixser, pukul cream cheese bersama gula castor hingga gebu
Masukkan telur satu demi satu
Teruskan memutar
Kemudian tuangkan whipping cream putar lagi
Masukkan tepung jagung, vanilla extract dan akhir sekali jus lemon
Masukkan snickers yg telah dipotong2 tadi ke dalam adunan
Dengan menggunakan spatula, kaub balik adunan dan tuang ke dalam loyang cake

2

Kemudian masukkan loyang cake dalam tray yang telah diisikan air atau kaedah 'water bath'
Bakar selama 45 minit, suhu 150dc
Bila dah masak renggangkan dulu pintu oven biarkan dlm 15mnt barulah dialih ke atas redai
Bila cheesecake dah sejuk diatas redai, kemudian kena masukkan pula kedalam peti ais dan sejukkan sekurang2nya 5 jam
Selepas itu barulah boleh ditanggalkan dari loyang dan letakkan topping

Untuk topping choc ganache

1

Dalam mangkuk, masukkan choc button dan whipping cream
Cairkan dengan menggunakan kaedah double boil
Bila choc dah cair tuangkan ke atas cheesecake tadi dan bolehlah hias mengikut citarasa masing2..

2

Selamat mencuba!