Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Ikan"


Tips

Saya goreng dahulu ikan separuh masak untuk pastikan ikan tidak hancur ketika masak.

Ingredients

Ikan Mata Besar 4 ekor saiz sederhana
Bawang Merah 2 biji saiz sederhana - cincang halus
Bawang Putih 3 ulas - ketuk sahaja
Daun Kari Setangkai
Kulit Kayu Manis Sebatang
Rempah Kari Ikan Adabi Sepeket - bancuh dengan air
Air Dua cawan
Air Asam Jawa Secawan
Maggi Secukup Rasa Secukupnya
Garam Secukupnya
Cili Besar Setangkai - potong panjang halus
Minyak Secukupnya untuk menumis

Instructions

1

Bersihkan ikan. Kemudian salutkan dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng separa masak. Ketepikan.

2

Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan daun kari. Kacau sehingga naik bau.

3

Kemudian, masukkan pula pes rempah kari ikan tadi. Biarkan sehingga pecah minyak. Pastikan api perlahan.

4

Apabila rempah tadi sudah pecah minyak, masukkan air secukupnya, air asam jawa serta ikan yang telah digoreng tadi. Api biarkan sederhana.

5

Masak sehingga mendidih. Cili besar dimasukkan. Gaul rata kesemuanya. Akhir sekali perasakan dengan Maggi Secukup rasa dan juga garam.