Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Merah"


Tips

Ayam tidak perlu digoreng terlalu garing kerana akan keras setelah digaul dengan sambal

Ingredients

Ayam 1/2 ekor
Cili Kering Kisar (Kisar Bersama Bwg Merah & Bwg Putih) 2 mangkuk kecil
Sos Cili 5-6 sudu besar
Sos Tomato 4 sudu besar
Serai (Diketuk) 2 batang
Bawang Besar 1 biji (dipotong bulat)
Garam Dan Gula Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan ayam, potong kecil, lumur bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam dan ketepikan.

2

Tumis cili kisar dan serai yang diketuk hingga naik bau dan masak sempurna. Masukkan gula dan kacau sebati.

3

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan perisakan dengan garam secukupnya.

4

Akhir sekali, masukkan bawang yg dipotong bulat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.