Back to Recipe Print

Recipe for "Masak Lemak Cili Api Daging Jeruk"


Tips

1. Jangan masukkan asam keping sebelum ubi kentang empung. Ia akan menyebabkan ubi kentang keras i.e tidak empuk.

2. JANGAN masukkan garam dalam masakan ini kerana daging jeruk sudah sedia masin.

Ingredients

Daging Jeruk 1 kg
Cili Api Dikisar (Ikut Rasa Sendiri) 100 gram
Kunyit Serbuk / Kunyit Basah Ikut Suka 2 sudu teh
Asam Keping 3
Serai Dititik 5 tangkai
Ubi Kentang 3
Santan Pekat 2 cawan
Air 1 cawan

Instructions

1

Daging Jeruk yang telah dijeruk bersama garam selama 2 hari dibersihkan untuk mengurangkn kemasinan.

2

Masukkan daging, cili, kunyit dan serai ke dalam periuk. Masak atas api sederhana sehingga air daging agak kering,

3

Masukkan santan dan ubi kentang. Berjaga-jaga . Jangan tinggalkan masakan anda kerana ia mungkin terlebih menggelegak dan tumpah. Kacau selalu.

4

Masak sehingga ubi kentang empuk.

5

Setelah ubi kentang empuk, baru boleh dimasukkan asam keping. Biarkan menggelegak. Matikan api.

6

Siap untuk dihidang.