Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Lopis "


Tips

Rendam pulut dalam masa sejam supaya pulut cepat masak.

Ingredients

Beras Pulut 500 gram
Pewarna Hijau 3 titik
Santan 1 biji @ 1 kotak kecil segera
Air Gula
Gula Merah 200 gram
Gula Pasir 5 sudu
Air 300ml
Daun Pandan 1 helai
Tepung Jagung (Utk Pekat) 1 sudu besar
Topping Luar
Kelapa Parut Ambil Putih Sahaja Setengah biji.

Instructions

1

Beras pulut dimasukkan ke dalam loyang. Rendam dengan air dan campurkan pewarna hijau. Rendam dalam masa satu jam.

2

Setelah direndam. Akan nampak air mengering. Jika air tak mengering. Buang air tersebut. Tapi jangan sampai kering. Sekadar buang masih nampak basah. Kukus ke dalam periuk kukusan dalam masa 20minit.

3

Buka penutup dan beras pulut akan kelihatan basah dan masak. Tapi belum masak sepenuhnya. Taburkan garam dan masukkan santan.

4

Kacau kacau dan kukus semula dalam masa 10 minit.

5

Buka penutup kukusan. Keluarkan loyang. Biarkan suam untuk proses pemotongan

6

Buat air gula. Masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung ke dalam periuk. Kacau dan didihkan.

7

Selepas mendidih. Masukkan sesudu tepung jagung. Kacau dengan api perlahan sehingga likat.

8

Pulut yg sudah suam tadi. Ambil sesenduk pulut. Masukkan ke dalam satu plastik.

9

Gulung plastik dan padatkan ia.

10

Selepas sudah padat. Keluarkan perlahan lahan dan potong. Mungkin akan melekat sedikit. Jadi pisau hendaklah dicelup dengan air dan potong yg macam swiss roll tu perlahan lahan.

11

Anda boleh kemaskan potongan tersebut ketika membalutnya dengan kelapa putih.

12

Kelapa putih dikukus dan ditabur garam. Kukus dlm masa 5 minit sahaja.

13

Bolehla disalut dengan kelapa tadi. Dan dicurah air gula..